30 September 2009

+ I need to be alone +

Sometimes we need to be alone for a while
To manage our feeling
Not so sentimental
Not so worry

I need to be alone

Ya Allah kurniakan aku kekuatanMu
Tabahkanlah hambaMu ini Ya Allah

Perasaan apakah yg aku sedang hadapi sekarang ini???

28 September 2009

+ Mama sihat la cepat =( +

Sedih la bila kenangkan x dpt jg mama ms dia sakit nih...aduii kenapa la aku x dpt cuti lama2 erk?balik je KL mama trus admitted to Sultanah Bahiyah Hospital...chronic kidney..have to do dialisis...my sis said she wont to eat causing her diabetis down...she slept but always meracau-racau...cannot sleep tightly..huhu perasaan jadi risau n sedih la...yesterday, doctor jumpa family aku..she have to do her dialisis everyweek...3 times a week...6 hours per session..and if we cant bring her to hospital, she have 2 do dialisis at home costing rm2500 per month...dialisis at hospital costing rm2000 per month..the costs not make us so worry but we are suffering when look she suffered!! aku pun kesian kt adik aku..dia nk SPM x smpi 2 bln lg..tp kene ponteng sekolah dah..abg2 aku pun terpksa jugak pi kerja klu dak mcm ne nk tanggung cost medication mama...aku pun sma..klu gaji kena cutting xde duit nk byr cost tuh..lg mama seksa derita sakit..abah pun sian makan x tentu hala...x sempat nk lyn abah..aduii aku pening sgt dgn nak kendurik lagi...mcm nk cansel je semua tuh !! tp kenapa aku masih kt sini..yg tau teriak x mampu nk wat apa2..derhaka ka aku???

"Mama makan lah erk...kakak mntk maaf..kakak bukan x mau balik tgk mama tp abah x bg...tidoq elok2 tau...nanti kalau mama sehat, mama leh kluaq hospital cepat...bilek utk mama dh nak siap dh tgl nk buh tiles n cat je lg...langsir bilek mama pun dh nk siap..lawa tau ada bunga2 kakak pilih...cadar kakak dah beli utk tilam mama...mama, cepat sehat tau..nanti kakak nk kawen..mama x mau tgk kakak kawen ka?sian kakak...mama mkn ubt na bg sehat...nti kita leh tgkap gmbaq sma2 ms kendurik tuh kan...hihi mama kta nk sedia beg besaq ms kendurik tuh kan..nti kami bg beg besaq na...hihi buh hadiah =) tapi mama kena bg sehat la..bru leh kluaq nti doctor x mau bg mama kluaq..mama kena mkn bg kuat..kena tidoq bg x letih...bila tgk mama kuat msti dia bg mama kluaq kn...mama ckp nti mama nk mai duk ngn kakak kt sini..kakak dh renovate bilek ayaq umh kakak bg mama senang nk masuk...mama cepat2 sehat na..jgn la sedih2 nti kakak nk teriak...kakak nk mama happy tgk kakak kawen..mama kakak rindu mama...kakak nak balik !!!!"


24 September 2009

+ Ghaya Time 20092009 +

~ Selamat Hari Raya Aidilfitri ~
~ Maaf Zahir Batin ~

Hihi cantek kan date Raya Aidilfitri tahun nih..20092009..ewahh klu dak tuh la tarikh aku nk menikah tp susah plak pepagi raya tuh kan..tp apa slhnyer dok..hahaha anyway x kisah lah bila jnji semuanyer akan selamat insyaAllah...tahun nih raya mmg ramai sgt yg dtg smpi x menang tgn aku..alih2 masa Anep dtg beraya aku siap suh dia lg tlg aku wat air..xpe belajar lh kn nk join family aku..yeay !!! Byk yg menarik raya tahun nih tp otak aku msh kebingungan sbb aku dh kene keje nk raya lg...tp apa pun gmbr family thn nih best n gempak gitu :) i love it :).......



Raya thn nih aku gi kendurik member aku kt Penang..hurmmm alhamdulillah but the most things make me more exciting is dpt jumpa my best friends Nana n Mardziah...miss them so much...so many years x jumpa depa tau !!! And best thing aku dh wat Mardziah nk kawen yeay !! bila?? haa itu yg kita x tahu heheheh...

Semalam before bertolak balik ke KL..aku sempat gi tukaq baju kawenn aduii selagi x kawen selagi tuh la aku duk tukaq2 bju kn..aritu dark brown, then green n kali nih turquiose..betui ke speeling tuh..aku hentam sja...tp kali nih lawa sket kot sbb dia bju pendek sesuai dgn aku yg pendek ini..hahahha..just waiting the day je ok :) Exciting mode activated !!!


14 September 2009

+ Officially Its Ours +

Ya Allah bersyukur sgt setelah berhempas pulas nk dptkn rumah tuh..bersusah payah kejar sana kejar sini... and akhirnya berbaloi bila last Saturday officiallynyer dpt kunci rumah !!! Yeay sukanya...n bermulalah suka duka ViLLa CHenTa kami berdua..even lg sebulan bru Anep akn join aku tgl situ but its really make us more exciting to celebrate our wedding this coming October...x sabar2 sgt because..lps je kawen everything will be settle InsyaAllah...lepas tuh nak fikir about our future life, live with little prince and princess...running from here to there...watching cartoons together..sleep in one rooms with their toys..a cute clothes...and sure their laughing will make our life complete...Ameen~

Wasiat : Ya Allah aku bersujud kepadaMu kerana Kau kurniakan aku kebahagiaan dunia yg tak ternilai...

10 September 2009

+ Kesabaranku teruji lagi +

Kenapakah kesabaranku teruji lagi..
Letih sgt...cepatlah masalah itu selesai...
Sungguh memenatkan :(

YaAllah kalau lah aku boleh jadi Sleeping Beauty saat nih kan best...
Bila bangun masalah dah selesai...haihhh ~


Wasiat : tabahkan hati and kuatkan semangat..tenang Rafizah tenang !!

07 September 2009

+ Tazkirah di bulan Ramadan...Mari renungi bersama +

Hurmm ada la terbaca satu laman blog gosip pepagi nih but tersentap seketika dgn artikel nih...waaa msih byk yg perlu aku perbaiki diri...muhasabah diri di pagi hari..aku jnji awl puasa aritu nk tadarus Quran at least biarlah half tp nih bru 2 3 surah aku bc...aduiii mcm ne nih nk berhijrah...aritu balik pun abah tegur..nk kawen bukan semudah apa yg aku nmpk...mungkin pd zahir waaa sibuknye mengejar dateline nk wat itu ini tp pd batinnya aku seolah x bersedia..bukan yg ehem2 yea tp dr segi pindahan tggjwb dr seorg bapa kpd suami...berat jugak persoalan tuh n baru aku terfikir persediaan apa yg telah aku lakukan?pada Anep mungkin dia juga tidak melihat perbezaan tapi bila abah tegur aku mulai sedar itu yg lbh penting dr hiasan rumah, hiasan hantaran...aku masih perlu berperilaku sebegini atau aku harus tukar segala..utk kejln yg meringankan beban suami aku and sekurgnyer abah berbangga kerana dpt didik ank dia supaya berlaku yg baik2 saja...byk lg aku kene muhasabah diri selagi aku msh punya wktu sebelum bergelar isteri and seorg ibu..xkn nk tunjuk perkara yg x baik kpd ank aku nti..aihhh mari berhijrah..MERDEKA kan diri....insyaAllah...mari renungkan apa yg didlm artikel tuh..semoga memberi pengajaran kepada semua termasuk diriku sendiri :) Ameen ~


Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.

Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen

Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.


Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.

Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah

Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.

Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

Wasiat : renung-renungkan dan selamat beramal :)

02 September 2009

+ Problem anak masalah adik malas dh aku +

Aduii aku kn dh mls giler bangang skrg nih mcm2 masalah timbul...xde la besar sgt mslhnyer tp x lrt nk follow up la..selagi x kawen aku rs mslh x selesai kot...dgn kad nyer dgn baju dh tukar dua kali xsukenye..dgn langsir last minit bru nk cari dgn hntrn aku x kemaskini lg dgn baju tempah x siap lg...manik tudung x berjht lg...rumah x pindah2 lg...brg2 umah lampu kipas x berpsg lg..ishhh byk lg lg lg lg lah lama2 gila aku mcm nih !!!!!

Dah tuh x lrt dh nk menjawab tepon org nk promote nih promote tuh utk aku..siot lah gaji aku bkn byk pun n pelik dr mana dorg dpt senarai nama aku nih...just because im card holder and keje kt first main board company ke?woiii kalau first main board company aku nih manager x pe gak nih exec cabok duk belakang thn telinga bising bunyi server wat pe?letih tau dak dh tuh promotion tuh semua nk bg yg melancong and FYI aku nih mmg xde ms nk melancong la...kalau melancong belum tentu aku tenang nk tgl opis...

Wasiat : Aihhh Rafizah sabar la tgl lg 51 hari je lg pun....so lps tuh insyaAllah azab sementara nih habis tp tuh la bersiap sedia azab seterusnye la kan..aiiii (mengeluh)...